Posts

MOHAMAD HAFIZHAN BIN MOHD KAMARUDIN (D20191088830)

Pengurusan Pelajar Pelbagai Upaya (Pemulihan)  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam keadaan semula. Manakala “pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya, pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu.  Definisi program pemulihan khas ialah satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh factor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008). “Pendidikan pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelaja...